CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 19, 2011

keburukan dan kelemahan facebook daripada manfaat


KUALA LUMPUR: Manfaat laman web rangkaian sosial popular sama ada Facebook, Friendster dan Myspace bukan hanya sekadar mengeratkan silaturahim serta bertanya khabar sedangkan keburukan ‘ditawarkan’ lebih banyak.
Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, antara keburukan menanti ‘penagih’ laman web itu merangkumi membentuk sikap lalai, boleh meruntuhkan rumah tangga termasuk mempengaruhi remaja berzina.
“Rumah Iman kendalian Sidim menempatkan beberapa remaja perempuan yang terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina.
“Facebook itu juga menyebabkan berlaku kes perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial itu, sekarang ada pula kejadian seorang pelajar dipukul kerana Facebook,” katanya yang dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Harian Metro Isnin lalu mengenai pelajar tingkatan lima sebuah sekolah asrama di Lenggong, Perak yang cedera di mata dan dahi akibat dipukul rakan sekelas selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Aiman Asyraf, 17, dibelasah teruk kerana dikatakan menceroboh akaun Facebook milik rakannya kerana mengetahui kata laluan.
Hanafi berkata, walaupun kejadian itu boleh dianggap terpencil namun ia jelas menunjukkan akibat buruk daripada penggunaan laman web sosial.
“Kalau di jabatan kerajaan atau swasta pula, ketagihan melayari laman web sosial ini menyebabkan produktiviti menurun dan pendapatan bulanan sepatutnya diperoleh daripada bekerja disia-siakan dengan aktiviti melalaikan sebenarnya tidak berkat.
“Facebook baru diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu saja tetapi kesannya menyebabkan kita lalai dan ia boleh menjurus ke arah keghairahan maksiat. Kalau sekadar mahu bertanya khabar atau mengeratkan silaturahim, banyak lagi medium lebih baik boleh digunakan,” katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya.
“Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silaturahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.
“Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan ia bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.
Menurutnya, apa yang penting semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia tidak membawa padah kepada diri dan orang lain. sumber myMetro








15 comments:

  1. Facebook mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri. Ianya bergantung kepada seseorang yang menggunakannya. Keburukan akan timbul sekiranya seseorang itu menyalah gunakan seperti apa yang anda nyatakan di atas. Sebelum ini kita dapati bahawa kes penceraian meningkat disebabkan facebook. Hal ini demikian kerana pengguna laman sosial tersebut menyalahgunakan dengan mencari pasangan baru melalui facebook. Oleh itu, Facebook adalah laman sosial yang baik untuk seseorang sekiranya mereka menggunakan dengan cara yang betul seperti untuk menyampaikan maklumat, mencari sahabat lama, menyampaikan dakwah dan sebagainya.

    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127817
    FSSK/2 2010/2011

    ReplyDelete
  2. ADAKAH ANDA BERSETUJU BAHAWA PERKEMBANGAN TEKNOLOGI SEIRING DENGAN PENINGKATAN KEGIATAN SEKSUAL?

    Isu pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka. Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
    Perkembangan teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat. Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan seks melalui laman sosial.
    Peralatan berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut. Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit. “Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
    Kajian yang dilakukan oleh Farahwahida Mohd. Yusof dan Norazila binti Sugiman (UTM) menunjukkan bahawa faktor media massa menjadi punca utama kepada amalan seks bebas. 357 orang responden daripada 425 orang respnden yang terlibat dalam kajian tersebut mengatakan bahawa video dan gambar-gambar lucah banyak terdapat di pasaran dan mudah dilayari di internet. Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa kecanggihan teknologi telah menjadi pendorong kepada perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat hari ini. Lambakan bahan-bahan pornografi di internet adalah hasil daripada perkembangan teknologi. Oleh yang demikian, penyalahgunaan teknologi menyumbang kepada gejala seksual, sekaligus meningkatkan bilangan kes pembuangan bayi.

    NORSUHAIDA BINTI RASHID
    A128064
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    SEMESTER 2, SESI 2010/2011

    ReplyDelete
  3. salam..saya bersetuju facebook mengundang pebagai keburukan namun keburukan itu hadir apabila individu tidak sedar dan hanyut dengan kecanggihan yang ada. manusia mudah dimanipulasikan oleh teknologi sehingga alpa mengenai keperluan asal teknologi itu disediakan. Justeru untuk menyalahkan kewujudan facebook yang menyebabkan timbul pelbagai masalah tidak benar sama sekali kerana teknologi tidak membahayakan kepada manusia jika individu itu sedar tentang tujuan asal penggunaannya.

    ROZANA MOHAMED RAZALI
    A128055
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK) TAHUN 2
    SEM 2 2010/2011

    ReplyDelete
  4. Kebaikan Facebook :

    Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
    Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
    Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
    Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
    Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
    Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
    Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
    Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
    Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
    Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
    Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya
    Keburukan FaceBook :
    Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
    Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
    Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
    Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
    Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
    Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
    Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat

    Gunakan peluang yang ada untuk hebah bahan maklumat yang baik dan manafaat pada kawan anda, jangan buang masa dengan chat yang tidak berfaedah.

    anda boleh guna untuk promosi perniagaan online anda, blog anda dan seagainya

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  5. salam..
    setelah membaca post anda ini, saya mendapati bahawa laman sosial ini bergantung kepada penggunan untuk menggunakan ke arah kebaikan atau keburukan. kita sebagai manusai yang telah diberikan akal fikiran perlu meneliti keperluan yang baik atau buruk dan janganlah menggunakan laman sosial ini sebagai wadah peribadi yang mana ia akan menjerat diri sendiri.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127881
    FSSK/2

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam ira,,

    Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkain kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial dan terkini ialah Facebook. Ianya menjadi fenimena sehingga menular ke semua peringkat umur.

    Saya bersutuju bahawa facebook ini mendatangkan keburukan seperti melalaikan, obsess, terhakis pergaulan secara reality, gangguan kesihatan dan gangguan oleh individu tidak dikenali. Namun laman sosial facebook ini juga mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan seperti boleh menghubungi rakan lama yang terpisah, boleh mempromosi sesuatu, mudah memberitahu sesuatu perkara dan perkongsian maklumat.

    Ia sebenarnya bergantung kepada diri individu itu sendiri sama ada menggunakannya ke jalan yang baik atau sebaliknya.

    NOOR ADIBA BTE ABDUL RASHID
    A127162
    PEMBANGUNAN MANUSIA, FSSK
    TAHUN 2, SEM 2 SESI 2010/2011
    MAKMAL 3, SELASA, 8-10 PM

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Tidak dinafikan Facebook merupakan satu cara perhubungan yg agak terkenal sekarang ini. Malah ia mungkin telah mengalahkan email, Myspace, Twitter, Friendster dan laman-laman sosial yang lain. Bagaimanapun, sudah tentu setiap satu mempunyai kelebihannya sendiri. Pendapat saya tentang Facebook, ia baik untuk perhubungan. Tetapi berdasarkan kepada pemerhatian saya, ia agak melalaikan para pelajar. Mungkin kerana kelebihannya yang boleh berkongsi-kongsi gambar, menambah kenalan, selain daripada terdapat permainan ‘online’ dan sebagainya. Kini, apabila sahaja pelajar melayari internet, selalunya Facebook lah yg akan dimasuki dahulu antara laman-laman yang lain. Jadi, penggunaan internet yang tidak bijak sudah pasti akan melalaikan pelajar dan akan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran mereka.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ira,

    Facebook sudah sangat sinonim dalam hidup rakyat Malaysia sekarang terutama bagi para pelajar sama ada di IPTA-IPTA, sekolah-sekolah mahupun di tadika. Saya juga setuju dengan pendapat saudari tentang keburukan-keburukan penggunaan facebook ini. Kadangkala, kelemahan ini terjadi apabila kita tiada batasan atau had dalam penggunaannya dan hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Maka, mari kita sama-sama menggunakan Facebook ini dengan lebih bermanfaat.

    Roziana Binti Ab Rasit
    A123927
    FST/3 Sem 2 sesi 2010/2011
    Tutorial:Selasa,8 p.m

    ReplyDelete
  10. rangakain lama sosial facebook telah menajdi kegilaan pengguna internet kini termasuklah pelajar-pleajar di peringkat sekolah mahupun di institusi pendidikan tinggi. facebook yang terkenal kerana mampu menghubungkan antara penggunanya melaui rangkaian internet telah memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya. namun begitu, terdapat juga impak sekiranya terlampau terpengaruh dengan teknologi internet tersebut. oleh itu, pemantauan daripada ibu bapa terutamanya amatlah perlu agar anak-anak tidak terlampau dipengaruhi oleh perkembangan teknologi yang berlaku kini sehingga memberikan pelbagai impak kepada mereka dan juga persekitaran.

    MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
    A128748
    MENTION/FSSK/2
    SEMESTER 2/2010/2011
    TUTORIAL 8 P.M/SELASA

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya FB ini bergantung kepada pengguna sendiri. Jika pengguna ketagih dengan permainan yang disediakan atau lebih berminat untuk menambah bilangan kawan sahaja, memang menjadi satu masalah yang membawa kepada keburukan. Tetapi jika ianya digunakan untuk tujuan menyebarkan maklumat atau berkongsi pendapat, ianya akan menjadi satu kebaikan. Persoalannya di sini, adakah ramai yang menggunakan FB untuk tujuan pembelajaran?

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  12. Keburukan dan kelemahan Facebook banyak diperdebatkan. Antaranya adalah mengenai isu privasi, isu pergaulan bebas dan juga penyalahgunaan Facebook itu sendiri.

    Baik buruk penggunaan teknologi itu bergantung kepada pengguna itu sendiri. Jika tujuan penggunaannya menjurus ke arah keburukan, maka ia boleh mendatangkan banyak permasalahan.

    Namun begitu, tidak boleh dinafikan kebaikan penggunaan Facebook masih ada. Secara peribadi, saya menggunakan Facebook bagi mendapatkan informasi terkini mengenai sahabat lama yang jarang ketemu, selain menyambung kembali perhubungan yang terputus kerana haluan yang berbeza. Selain itu juga, Facebook boleh dijadikan pusat pengumpulan dan perkongsian ilmu sesama rakan taulan.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  13. terdapat impak positif dan negatif daripada penggunaan facebook. walaubagaimanapun, jika dilihat, kemudahan laman sosial tersebut lebih kearah negatif. mengapa hal demikian berlaku?. secara pemerhatian dibuat, masyarakat kita lebih menjadikan facebook sebagai tempat berhibur sahaja. walhal facebook juga boleh dijadikan sebagi suatu platform perbincangan. tetapi kini apa yang kita lihat, facebook dijadikan sebagai alat melepaskan geram, mencari teman berseronok dan sebagainya. ekoran daripada kesalahan cara penggunaan facebook, banyak masalah sosial yang telah berlaku. sehubungan dengan itu, sabagai manusia yang mengemudi kemudahan terssebut, kita seharusnya jadikan facebook sebagai medium kearah perlakuan yang baik dan memberi manfaat, contohnya bertukar-tukar pandangan tentang sesuatu isu.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Bagi saya,penggunaan facebook lebih berpotensi ke arah keburukan.Baru-baru ini saya ada terbaca info berkenaan facebook,sekadar perkongsian bersama apa yang saya baca adalah:
    "Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?

    Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.Sebenarnya ada "Sisi Gelap" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telah menjadi fakta. Sadarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sadarkah kita bahaya semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita,dan keluarga kita". Wallahu a'lam..

    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2 SEM 2(2010/2011)
    PEMBANGUNAN MANUSIA (FSSK)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ira,

    Kebaikkan dan keburukan Facebook itu bergantung kepada bagaimana individu itu memanfaatkanya atau sebaliknya. Jika sesorang itu tahu menggunakannya dengan sebaik mungkin maka baiklah imbalannya, begitu juga jika seseorang itu menggunakannya dengan cara yang salah maka sia-sialah pulangannya.

    Hakikatnya, jika dilihat dari sudut yang positif, penggunaan Facebook ini banyak mendatangkan manfaat. Ada sesetengah individu menggunakannya sebagai medan perkongsian ilmu, ilmu agama dan juga sumber maklumat.Disamping itu ia juga dapat merapatkan jurang dan mengeratkan ukhwah sesama insan. Yang jauh dapat didekatkan, misalnya kita dapat mengetahui perkembangan rakan kita walaupun terpisah jauh. Dapat menemukan sahabat yang lama terpisah dan berkenalan dengan sahabat yang baru.

    Terpulang kepada individu itu sendiri yang menentukan sama ada kebaikan dan keburukan yang akan diperolehi daripada penggunaan Facebook tersebut.


    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete